Selain berolahraga, ternyata menjauhi makanan-makanan yang tinggi kalori mampu membuat fungsi hati lebih sihat seakan orang-orang yang berusia 20 tahun lebih muda. Kajian yang dilakukan oleh kumpulan penyelidik University School of Medicine St. Louid di Washington mendapati bahawa dengan mengurangi jenis makanan berkalori mampu membuat tubuh mengapdatasi aktiviti fizikal dengan lebih mudah, kurang stress dan akan memiliki kualiti tidur yang lebih baik.
Biasanya, makananyang tinggi kalori ini adalah seperti makanan segera, jajan, goreng-gorengan, gula-gula getah,aiskrim, mayonese, kuah daging,bijiran sarapan manis, puri kentang dengan tambahan keju, kerepek, susu tinggi lemak dan daging yang diolah.
Selain itu, bagi penyelidik pula mengurangi makanan yang berkalori akan membantu jantung berfungsi dengan lebih baik lagi. Ini kerana, lebih tinggi kadar variabiliti jantung akan membuat jantung lebih mudah menyesuaikan diri. Menjauhi makanan berkalori juga akan mengurangi risiko akibat penyakit jantung sehingga 30-40 peratus.
Jadi kurangkan makanan berkalori tinggi untuk mengurangkan kolesterol dalam darah.....



No comments:
Post a Comment