5 KESAN BURUK MINUMAN SODA
Sememangnya enak minum minuman berkarbonat disaat terik matahari. Namun, disebalik kenikmatannya ternyata minuman yang mengandungi soda sebenarnya meninggalkan kesan yang amat tidak baik bagi kesihatan. Berikut adalah beberapa kesan yang dikenal pasti:
- Kandungan gula dan asid di dalam minuman bersoda dapat melarutkan enamel gigi. Selain itu, warna gigi bagi mereka yang kerap mengambil minuman seperti ini juga akan berubah menjadi sedikit lebih gelap.
- Mengurangi minuman bersoda juga akan mengurangi risiko penyakit jantung yang disebabkan oleh fruktosa
- Kandungan asid fosfat di dalam minuman bersoda dapat meningkatkan risiko osteoporosis kerana asid fosfat di dalam minuman bersoda dapat meningkatkan risiko osteoporosis.Asid fosfat tersebut mampu meleburkan logam dan kalsium yang diserap dari tulang.
- Mengambil minuman bersoda akan menambah risiko diabetes. Minuman soda amat terkenal dengan kandungan gula yang lebih tinggi berbanding minuman yang diproses.
- Mengelakkan diri dari minuman jenis ini akan membantu tubuh untuk menstabilkan gula dalam darah.
No comments:
Post a Comment