Pada tahun 2011, Pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) telah menerbitkan Laporan Status Global mengenai Penyakit Tidak Berjangkit 2010. Laporan tersebut adalah laporan pertama, diseluruh dunia, berkenaan dengan wabak seperti penyakit kardiovaskular , kanser, kencing manis , penyakit pernafasan kronik (secara keseluruhannya dikenali sebagai penyakit tidak berjangkit atau NCD-Non-communicable Disease )
Pada tahun 2008, terdapat sebanyak 57 juta kematian di seluruh dunia, denga 36 juta atau 63%, disebabkan oleh NCD. Hampir 80% daripada kematian NCD ini berlaku di negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Pada peringkat global, kematian NCD dijangka meningkat sebanyak 15% antara 2010 dan 2020, dengan peningkatan terbesar di Afrika, Asia tenggara, dan Mediterranean Timur, dimana wabak ini dijangka melebihi 20%! Dalam laporan terkini Kaji Selidik Kesihatan Morbiditi Kebangsaan , dianggarkan bahawa
15.2% _ menhidap kencing manis
32.7%- mengalami tekanan darah tinggi
35.1% - mempunyai kolesterol yang tinggi.
Tidak dinafikan NCD merupakan punca utama kematian pramatang yang berlaku di Malaysia.
Menurut WHO kebanyakan NCD berkait rapat dengan empat tabiat yang boleh dicegah seperti penggunaan tembakau , kekurangan aktiviti fizikal, tabiat pemakanan yang kurang sihat, dan pengambilan alkohol yang berlebihan. Tabiat ini boleh membawa perubahan metabolik atau fisiologi utama seperti peningkatan tekanan darah, berat badan berlebihan(obesiti), serta kandungan gula dan kolesterol dalam darah yang tinggi. Punca utama kematian akibat NCD adalah peningkatan tekanan darah (yang menyumbang sebanyak 13% kematian global), diikuti oleh penggunaan tembakau 9%, peningkatan glukosa darah 6%, kekurangan aktiviti fizikal 6% dan obesiti 5%.
ANDA BERADA DI KUMPULAN YANG MANA
- MENGGEMARI MAKANAN YANG TINGGI KOLESTEROL
- PEROKOK
- MENGGEMARI MAKANAN YANG MANIS
- KURANG BERSENAM
JIKA ANDA TERMASUK DALAM SALAH SATU KATEGORI INI.. BERMAKNA ANDA MENYUMBANG KEARAH WABAK NCD.......
JADI SARANAN ZU AMALKAN PEMAKANAN DAN CARA HIDUP YANG SIHAT. PERLU RAJIN BERSENAM DA MAKAN MAKANAN BERKHASIAT DISAMPING MENGAMALKAN SUPPLEMENT YANG BERKUALITI DARI DCL.....



No comments:
Post a Comment