PUTRAJAYA 16 Okt. - Orang ramai digesa tidak memaksa doktor mengeluarkan preskripsi antibiotik kerana penyalahgunaan ubat itu boleh membawa kesan rintangan oleh bakteria.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, orang ramai juga boleh mengadu kepada Persatuan Perubatan Malaysia sekiranya mendapati doktor mengeluarkan preskripsi antibiotik secara sembarangan.
Kajian 2008 ke atas 82 klinik awam dan 17 klinik swasta menunjukkan kadar penggunaan antibiotik untuk jangkitan saluran pernafasan bahagian atas adalah 27.8 peratus untuk klinik awam dan 46.7 peratus untuk klinik swasta.
Mereka menggunakan antibiotik untuk jangkitan saluran pernafasan bahagian atas, walaupun jangkitan di bahagian itu biasanya melibatkan virus dan bukannya bakteria," katanya selepas melancarkan seminar dan kempen pencegahan rintangan terhadap antimikrob di sini hari ini.
Dalam seminar tersebut, peserta diingatkan bahawa antibiotik tidak seharusnya digunakan untuk merawat penyakit selesema yang disebabkan oleh virus kerana antibiotik hanya berkesan bagi memerangi bakteria dan bukannya virus.
Tiong Lai berkata, kajian turut mendapati banyak antibioktik telah digunakan untuk pesakit luar walaupun dalam sesetengah kes, pesakit mungkin boleh dirawat tanpa menggunakan ubat tersebut.
Banyak jangkitan melibatkan pesakit luar adalah disebabkan oleh virus dan antibiotik tidak berkesan bagi menentang virus," katanya.
Beliau berkata, doktor dan pegawai farmasi juga harus teguh dengan pendirian mereka walaupun berdepan dengan desakan pesakit untuk mengeluarkan preskripsi ubat antibiotik.
Ada pesakit yang mendapat maklumat daripada laman web dan mereka menekan ahli farmasi untuk menjual antibiotik walaupun tanpa preskripsi doktor. Pegawai farmasi yang akur kepada tekanan pesakit itu adalah bersalah dan boleh dikenakan tindakan," katanya.
Mengulas lanjut, Tiong Lai berkata, penyalahgunaan antibiotik menyebabkan keadaan rintangan terhadap ubat antibiotik di negara ini semakin meningkat.
Tahap rintangan mikroorganisme streptococcus pneumonia umpamanya telah meningkat daripada 21.9 peratus pada 2003 kepada 30.9 peratus pada 2010.
Tahap rintangan Acinetobacter baumanii terhadap antibiotik Carbapenem pula meningkat daripada 35 peratus pada 2005 kepada hampir 57.4 peratus pada 2011," katanya.
Petikan dari Akhbar utusan.
Kenapa kita masih lagi suka makan antibiotik, walaupun hanya jangkitan ringan seperti selsema ,batuk dan demam. Kalau pergi klinik swasta batuk sikit je doktor bagi antibiotik, kita pun telan. Bulan depan demam lagi makan lg antibiotik. Lama-lama badan kita akan kebal dengan antibiotik tersebut.
Apa kata kita ubah cara pemikiran kita supaya tidak terlalu bergantung dengan antibiotik. Kita kembali semula seperti apa yg Rasulullah selalu amalkan iaitu Madu dan Habatussauda dan banyak lagi makanan sunnah yang lain.
Zu cadangkan setiap rumah perlu ada AMAZING & NIGELLA dan amalkan minum setiap hari insyaallah mudah mudahan dijauhkan penyakit-penyakit yang merbahaya.


No comments:
Post a Comment