Pembakar semangat.... kata-kata dari Dr. Azizan Osman....
Dunia ini adalah jambatan dan penilaian untuk akhirat. Jika kita mati sejak kecil, belum akil baligh...semuanya senang, Insya-Allah terus ke tempat yang terbaik di sisiNya, masalahnya tidak. Kejayaan di akhirat memang tidak melihat berapa juta duit kita ada, atau berapa banyak bisnes kita. Kerana kejayaan di akhirat adalah secara asasnya melihat amalan seseorang itu dari segala aspek.
Anda boleh pilih untuk bertindak atau beramal hari ini buat apa yang disuruhNya dan tinggalkan apa yang dilarangNya untuk mencapai matlamat anda di akhirat. Bagi saya, saya percaya selain daripada ibadah khusus, saya bertanggungjawab sebagai manusia yang membantu atau memberi manfaat kepada orang lain sebagai cara saya memohon redha Allah swt.
Saya percaya jalan Rasulullah saw dan para sahabat berjuang dulu sangat kuat dengan sokongan kekuatan ekonomi dan perniagaan yang menjadi sebahagian daripada chapter atau ayat di dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran banyak bercerita tentang berjual beli, bercucuk tanam, berniaga, berzakat dan macam-macam lagi yang membawa kepada kita berfikir bahawa Al-Quran sangat suka kepada perniagaan dan muamalat ekonomi Islam.
Jadi, setiap orang ada pilihan! Anda pilih jalan mana anda suka untuk mendapatkan redhaNya! Tak perlu kita bertelagah! Ada orang percaya, politik Islam penting untuk mencapai redhaNya, ada orang percaya jadi miskin dan papa penting untuk mencapai redhaNya.
Saya percaya berzakat dan mempunyai kekuatan ekonomi agar ummah terbela selain ibadah khusus adalah penting untuk mendapat redhaNya! Saya percaya saya boleh memberi manfaat kepada ramai orang lain dengan mengajar mereka berniaga serta ingat untuk jadikan ia ibadah dan berzakat! Ikut apa yang anda percaya dan faham asalkan ia berlandaskan AlQuran dan Hadith serta perguruan anda! Saya perguruan arwah mursyid saya kaya raya dengan bisnes dan ladang walaupun semuanya itu untuk support beribu anak yatim dan asnaf setiap bulan, itu pilihan anda! - Azizan Osman-
No comments:
Post a Comment