Monday, 9 April 2012

TIPS MEMULAKAN PERNIAGAAN

Tips Memulakan Perniagaan

1. Minat – Perkara pertama yang perlu untuk menceburi bidang perniagaan ialah minat.. Tanamkan minat untuk berniaga walaupun secara kecil-kecilan dahulu.. Hal ini adalah sangat penting untuk menjadi ahli perniagaan yang berjaya walaupun anda sedang bekerja makan gaji pada masa ini..Macam hal-hal yang lain juga kalau tiada minat, semua perkara yang kita buat tidak akan berjalan..



2. Pilihan – Untuk memulakan perniagaan, anda sendirilah yang akan menentukan dan memilih apa jua jenis perniagaan yang anda ingin ceburi..

produk-produk DCL

3. Yakin – Keyakinan sangat penting dalam apa jua yang akan dilakukan.. Lebih-lebih lagi di dalam dunia perniagaan.. Anda perlu yakin tentang kebolehan anda untuk mengendalikan perniagaan yang telah dipilih..


4. Tujuan – Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu membuat peta minda atau apa jua jenis nota ringkas untuk menentukan objektif, misi dan visi anda.. Ini adalah perlu dijadikan landasan dan rujukan.. Selain itu juga adalah untuk memberikan kepastian sama ada ianya selaras dengan objektif peribadi anda..

5. Berani – Sedang kita berani mengkritik perniagaan orang lain, kenapa kita tidak berani untuk bersaing dengan mereka.. Anda perlu berani bersedia untuk menghadapi pelbagai halangan dan sebarang kemungkinan.. Ini juga akan membuatkan anda lebih bersedia untuk menentukan langkah-langkah yang sesuai untuk mengawal keadaan..


6. Pelan Perniagaan – Pelan perniagaan ini adalah untuk merancang segala kehendak & keperluan mengikut peredaran waktu.. Ini juga penting untuk anda merancang dan menentukan langkah-langkah yang bakal diambil sekiranya perancangan awal bakal mendatangkan kerugian..


7. Produk – Sekiranya perniagaan anda berdasarkan jualan produk, anda digalakkan untuk menjadi pelanggan yang menggunakan produk tersebut.. Hal ini mengenal pasti dan memahami produk secara mendalam kepada perniagaan anda.. Sekiranya anda gagal berbuat demikian, maka anda akan gagal untuk mempromosikan produk tersebut..

SET WANITA ANGGUN

SET IBU HAMIL

8. Pelaburan – Untuk berniaga, sudah pasti anda perlukan modal.. Pelaburan yang paling utama adalah pelaburan untuk diri sendiri.. Modal ini juga adalah pelaburan sama ada dari segi pembelian barang ataupun ilmu yang berkaitan.. Jangan takut untuk melabur kerana setiap pelaburan yang dilaburkan pasti mendatangkan keuntungan..



9. Rujukan – Setiap perbuatan yang kita lakukan ada rujukannya sama ada yang baik @ yang buruk.. Di dalam perniagaan memang terlalu banyak rujukan.. Tetapi rujukan perlulah berkualiti dan boleh membina.. Cari ahli perniagaan yang anda kenal sebagai rujukan.. Bukan bermakna perlu mengabaikan orang yang tidak berniaga kerana kadang-kala juga mereka ini akan membantu anda.. Cuma andalah yang akan membuat keputusan sendiri..



 MY TOP LEADER KJC


10. Agresif – Untuk berjaya di dalam perniagaan, kita perlu agresif.. Sekiranya terdapat ruang @ peluang untuk perniagaan walaupun bukan di dalam bidang perniagaan yang anda jalankan, anda perlu lebih agresif untuk merebut peluang tersebut.. Akan tetapi jangan terlalu berani untuk membuat keputusan.. Berhati-hati untuk membuat keputusan..



11. Jangan Tamak – Untuk membuat keputusan menentukan sebut harga, jangan terlalu tamak meletakkan harga yang tinggi.. Harga yang ditetapkan perlulah berpatutan dengan keadaan dan jangan pula sampai tiada keuntungan..

12. Sabar – Sekiranya terdapat sebarang permasalahan ketika berurusan, anda perlu sabar menghadapi walaupun ianya bakal mendatangkan kerugian dan perlu tangkas menghadapi permasalahan tersebut.. Selain itu jangan cepat berputus asa sekiranya perniagaan anda kurang sambutan..


13. Promosi – Sebagai ahli perniagaan pastinya perlukan sambutan.. Untuk mendapatkan sambutan, jangan malu @ takut untuk mempromosikan perniagaan anda tidak kira waktu dan tempat.. Sedangkan syarikat yang telah kukuh pun sering memperkenalkan perniagaan mereka, apatah lagi kita yang baru bermula..

INTERNET MAKERTING

14. Doa – Saya yakin bukan umat Islam sahaja yang berdoa.. Tetapi sebagai Umat Islam, Saya sarankan anda rajin berdoa untuk memohon dipermurahkan rezeki dan diberkati.. Kerana sehebat mana pun kita sebagai manusia, ada lagi yang lebih hebat..


JOM JOIN OUR TEAM CANTEK
HUBUNGI ZU
0178870574

No comments:

Post a Comment

Anda mungkin juga meminati

anda juga mungkin meminati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...