Monday, 6 May 2013

SEMBELIT SEMASA BERPANTANG???? TIDAK!!!!

Oleh: Editorial PaMa
Tarikh: March 20, 2013

Kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu mengalami masalah sukar membuang air besar terutama pada minggu pertama selepas bersalin. Rasa bimbang tentang luka dan jahitan potongan (episiotomi) pada perineum membuatkan ramai ibu takut untuk ke tandas. Fahami masalah ini lebih lanjut dalam artikel seterusnya.Sebenarnya ia adalah perkara biasa yang berlaku.



 Selain daripada kebimbangan luka jahitan akan terbuka atau takut meneran, terdapat beberapa faktor fizikal menyebabkan usus anda agak perlahan.
a.      Jumlah progesteron yang tinggi mungkin  menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.
b.      Sistem pencernaan berfungsi  lebih perlahan semasa proses kelahiran.
c.      Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi agak perlahan berbanding daripada biasa.
d.      Kelahiran dengan bantuan forseps atau ventouse memberikan risiko lebih tinggi untuk sembelit.
e.      Kelahiran anak kedua dan seterusnya.
f.        Pengambilan suplemen zat besi atau ubat anti depresi.
g.      Mendapat jahitan pada luka.Sakitkah buang air besar?

Ketakutan ibu untuk membuang air besar selepas bersalin membuatkan mereka sanggup menahan diri. Sebenarnya ketakutan tersebut tidak berasas. Bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas.Ia disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran.



 Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.Bahkan perasaan takut hanya menyebabkan ibu rasa lebih tidak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot sedangkan apa yang paling diperlukan adalah otot mengendur.Hakikatnya ibu tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus.



Adalah lebih memudaratkan jika tidak ke tandas sebab sembelit akan melonggarkan lantai pelvis anda.
Cara mengatasi sembelit?
1.      Amalkan rutin pengambilan makanan dan minuman yang teratur selepas sahaja melahirkan bayi. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum banyak cecair (air dan sup).
2.      Cecair membantu menjadikan najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Suasana dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidrat tanpa disedari. Selain itu, menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu banyak minum.
3.      Bangunlah daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah sembelit lebih teruk.
4.      Apabila perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.
5.      Luruskan belakang anda dan angkat lutut agar lebih tinggi daripada punggung. Jika boleh, letakkan kaki di atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki. Letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung kerana ia cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!
6.      Rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.
7.      Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan  tidak akan koyak (ia tidak akan berlaku!).

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan.Menolak dan meneran tidak akan membantu masalah sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda.

Jika makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya berjalan-jalan di dalam rumah seketika.


Namun jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda perlu berjumpa doktor dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang rentak semulajadi usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.Selalunya doktor akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama.

Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu.Jangan  membeli sendiri ubat julap di farmasi tanpa preskripsi daripada doktor kerana pengambilan ubat julap bergantung kepada sama ada anda mengambil ubat-ubat lain, atau menyusukan bayi.

Bagaimana cegah sembelit untuk jangka panjang?

Sentiasa peka dan bertindaklah atas desakan badan anda.
Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit, termasuk beberapa pil penahan sakit, jadi bertanyalah kepada doktor anda.


Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan minum banyak cecair dalam masa yang tetap.Pastikan anda membuat senaman setiap hari seperti berjalan cergas dengan membawa bayi dalam kereta tolak.Beritahu doktor jika anda menghidapi buasir atau rekah-rekah anus, yang bolah membuat sembelit menjadi lebih teruk.


Alternatif lain anda boleh amalkan set  berpantang shaklee. Kelebihan set berpantang shashaklee.. anak tidak panas... boleh dimakan walaupun anak jaundis dan susu menjadi lebih banyak dan pekat...

BAHAYA UBAT BATUK UNTUK KANAK-KANAK...



KUALA LUMPUR: Kebanyakan ubat batuk dan selesema tidak sesuai digunakan bagi kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun, demikian penemuan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD).

Berikutan penemuan kajian semula penggunaan produk ubat batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak itu, PBKD membuat AMALKITUn untuk mengambil tindakan kawal selia untuk mengehadkan penggunaan produk untuk batuk dan selesema bagi kanak-kanak, kata Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Eisah A.Rahman dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, amaran keselamatan iaitu "Tidak sesuai digunakan di kalangan kanak-kanak yang berumur di bawah dua tahun" dan "Digunakan dengan berhati-hati dan mengikut nasihat doktor/ahli farmasi bagi kanak-kanak yang berumur di antara 2 hingga 6 tahun", wajib dinyatakan dengan jelas pada label dan sisipan bungkusan produk berkaitan.

Produk yang terbabit adalah sediaan cecair oral yang mengandungi antihistamin (seperti Brompheniramine, Chlorpheniramine, Clemastine, Dexbropheniramine, Diphenhydramine, Pheniramine, Promethazine dan Triprolidine), antitusif (seperti Dextromethorphan dan Diphenhydramine) dan dekongestan (seperti Ephedrine, Phenylephrine dan Pseudoephedrine) yang digunakan untuk rawatan batuk dan selesema.



Eisah berkata, produk sedia ada di pasaran berkemungkinan tidak mempunyai kenyataan amaran pada label produk mereka.

Beliau berkata, apabila memberi ubat batuk dan selesema kepada kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun, ibu bapa dan pengguna perlu mengikut aturan pemakanan yang dijelaskan.

Ini kerana pengambilan ubat batuk dan selesema boleh membahayakan sekiranya diberi melebihi dos yang dicadangkan, memberi terlalu kerap atau mengambil lebih daripada satu jenis ubat yang mengandungi bahan aktif yang sama.

"Kebanyakan kandungan dalam persediaan ubat batuk dan selesema mengandungi campuran beberapa bahan ubat dan pemberian lebih daripada satu jenis ubat boleh menyebabkan dos yang berlebihan sekiranya tidak berhati-hati," katanya.

Beliau juga berkata, demam biasa tidak memerlukan rawatan perubatan yang khusus, kerana kebiasaannya batuk dan selesema dalam kalangan kanak-kanak boleh sembuh dengan sendirinya.

"Selesema dari jangkitan viral boleh ditangani dengan rehat, pengambilan air yang mencukupi dan mementingkan keselesaan pesakit," katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika simptom berlarutan dan semakin teruk atau tidak menunjukkan tanda-tanda untuk pulih ataupun disertai dengan demam, mukus yang pekat dan kahak, pengguna perlu mendapatkan nasihat doktor.Dengan ini pastikan anda gantikan semua ubat batuk dengan produk herba.

Jadi mari kita amalkan AMAZING pastinya selamat.. Terdiri daripada makanan sunnah.. MADU ASLI, HABATUSSAUDA, KISMIS, KURMA MERAH, BUAH TIN , BUAH ZAITUN

Wednesday, 1 May 2013

JANGAN BERHENTI MINUM SUSU!!!!!!



Oleh: Editorial PaMaTarikh:
December 5, 2011


Amalan minum susu lazimnya beransur-ansur hilang apabila seseorang kanak-kanak itu sudah semakin membesar. Akan tetapi, ini bukanlah yang sepatutnya kerana susu perlu diambil seumur hidup.

Semua orang tahu bahawa susu merupakan makanan utama bayi sepanjang tahun pertama kelahirannya dan pengambilan susu ini masih lagi menjadi keutamaan beberapa tahun berikutnya. Bayi berusia di bawah 12 bulan perlu minum susu ibu kerana kandungan nutrien yang ada di dalamnya terbaik dan memang dicipta khas untuk mereka. Selepas itu, apabila sudah berusia lebih kurang dua tahun barulah kanak-kanak diperkenalkan kepada susu formula.

Pengambilan susu ini pula perlulah berterusan sehingga dewasa. Walau bagaimanapun, kebanyakan kanak-kanak di Malaysia mula meninggalkan rutin minum susu sedikit demi sedikit sebaik sahaja mereka sudah makan makanan pejal. Hal ini berlaku mungkin kerana susu hanya dianggap sebagai makanan untuk bayi. Jadi, apabila sudah pandai makan makanan lain, mereka sudah tidak perlukan susu.

Tanggapan ini nyata salah kerana susu sangat penting dalam kehidupan seharian semua orang terutamanya kanak-kanak sedang membesar. Untuk pengetahuan, susu merupakan sejenis makanan yang sangat kaya dengan pelbagai khasiat. Susu mengandungi vitamin A, kumpulan vitamin B, magnesium, fosforus, zink dan kalsium. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak berfungsi sebagai pembekal tenaga.

Walau bagaimanapun, dalam banyak-banyak vitamin dan mineral yang terkandung dalam susu, kalsium menjadikannya begitu istimewa. Kalsium diperlukan untuk pelbagai proses tubuh yang penting. Antaranya ialah untuk aliran saraf, pengawalan denyutan jantung, pengecutan otot dan penyembuhan luka. Selain itu, kalsium apabila bergabung dengan protein, vitamin D, fosforus dan magnesium akan membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat dan sihat.

Ketahuilah bahawa manusia perlukan kalsium seumur hidup. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak sedang membesar memerlukan lebih banyak kalsium berbanding orang dewasa. Kekurangan kalsium ketika proses tumbesaran menyebabkan kanak-kanak tidak dapat mencapai ketumpatan tulang maksimum seterusnya boleh meningkatkan risiko mendapat osteoporosis apabila dewasa kelak.

Pengambilan kalsium secukupnya berupaya memastikan pembentukan tulang dan gigi yang kuat. Kalsium paling senang diperoleh daripada susu dan produk tenusu. Kalsium susu paling mudah diserap dan diguna oleh tubuh. Kalsium tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Hal ini bermakna, kanak-kanak perlu mengambil susu dan produk tenusu setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak berusia di bawah lima tahun mendapat 70 peratus kalsium mereka daripada susu lembu, 20 peratus daripada produk tenusu seperti keju dan 10 peratus daripada bijirin sarapan pagi.

Sekiranya anak anda tidak boleh mengambil susu lembu, berikanlah dia susu soya. Walau bagaimanapun, kalsium yang terkandung dan susu soya dan produknya tidak sebanyak yang ada dalam susu lembu melainkan ditambah semasa proses pengilangan. Tauhu merupakan sumber kalsium terbaik daripada produk hiliran soya.

Bagi kanak-kanak yang langsung tidak boleh minum susu lembu dan susu soya, alternatifnya ialah ikan-ikan yang boleh dimakan tulangnya seperti ikan sardin dan ikan bilis. Selain itu, mereka juga boleh mendapat kalsium daripada sayuran hijau, kekacang dan bijirin. Bagi yang ingin memberi anak tablet kalsium, anda mesti berjumpa pakar pediatrik terlebih dahulu supaya tahu kuantiti sebenar yang diperlukan oleh anak.

5 Cara Galakkan Anak Terus Minum Susu
1. Pastikan semua ahli keluarga anda minum susu. Barulah anak kecil anda rasa seronok minum susu kerana semua orang di dalam rumah meminumnya.
2. Tidak mengapa sekiranya anak anda suka minum susu berperisa kerana hal ini lebih baik daripada dia langsung tidak minum susu.
3. Sentiasalah ceritakan pada anak tentang khasiat dan kebaikan minum susu.
4. Pelbagaikan cara untuk menghidangkan susu kepada anak. Antaranya ialah dengan membuat susu kocak atau dijadikan ais krim.
5. Tambahkan susu dalam makanan yang anda buat untuk anak seperti di dalam lempeng, bijirin sarapan pagi atau bubur. Hasilnya anak anda akan terus mendapat khasiat susu.

Sunday, 7 April 2013

Makanan otak


1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.

2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi choline yang penting untuk perkembangan otak.

3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.

4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut

5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.6. Buah beriBuah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.

7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.

8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.

9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim dan neurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.


10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

SALAH SATU MAKANAN MINDA YANG BAGUS UNTUK DIAMALKAN IALAH EGENIUS
TERDIRI DARI GARAM MINERAL DAN SUSU KAMBING/SUSU UNTA.



  • Mencerdaskan mminda
  • Menguatkan daya ingatan
  • Menambah Daya kreativiti
  • Mewujudkan ketenangan Fikiran
  • Mengatasi masalah stress
  • Merawat masalah saraf dan mental( takut, cemas runsing)
  • Mengatasi masalah bertutur, berjalan.
  • Meningkatkan selera makan
  • Meningkatkan sistem imunisasi tubuh.

Fakta asas mengenai kanser

Kanser adalah penyakit di mana sel-sel bertindak luar biasa, membesar dan membiak melebihi had biasa dan keupayaan mereka. Penyebaran sel agresif kemudian akan menyerang, merosak dan memusnahkan tisu-tisu berhampiran yang juga dikenali sebagai metastasis. Terdapat tiga sifat malignan utama sel-sel kanser iaitu agresif, melanggar dan cepat merebak. Sel benigna tidak mempunyai sifat-sifat tersebut dan dianggap agak selamat walaupun mereka juga mempunyai kecenderungan untuk berubah menjadi sel malignan.


Kanser boleh berlaku dalam setiap individu di setiap usia dan mempunyai kadar kematian 13%. Kebanyakan jenis kanser disebabkan oleh komposisi genetik abnormal sel malignan yang boleh disebabkan oleh faktor-faktor alam sekitar atau kecacatan kongenital.

Karsinogen boleh mengubah genom hos dan sifatnya menjadi malignan manakala masalah replikasi DNA juga boleh berlaku seperti yang biasa dilihat dalam pengembangan kanser pada janin. Kanser jarang berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi jenis yang paling biasa yang berlaku ialah leukemia, yang diikuti oleh kanser sistem saraf pusat dan kemudian neuroblastoma.

Proses Perkembangan Kanser

Biasanya sel kanser membesar dan membiak dengan sewajarnya, dan ada kalanya juga sel-sel tersebut mati. Tubuh bertanggungjawab untuk memastikan seluruh proses pembiakan dan pertumbuhan seimbang. Sel-sel mati atau rosak digantikan secara automatik. Dalam kes kanser, sel tidak normal hidup lebih lama daripada sel normal dan cepat membentuk sel baru yang tidak normal. Sel-sel kanser boleh sampai ke bahagian-bahagian badan yang terpencil dan organ-organ penting, dan mengganggu fungsi dan proses yang penting.



Tanggungjawab utama DNA sel adalah untuk mengarah aktiviti. DNA yang rosak biasanya akan dibaiki oleh tubuh. Masalahnya ialah tubuh tidak mampu untuk memperbaiki kerosakan kerana sel kanser terus membinasakan sel-sel dan tisu-tisu lain. Kerosakan DNA boleh disebabkan oleh pendedahan kepada unsur-unsur berbahaya dalam persekitaran atau diwarisi. Kanser biasanya bermula dengan pembentukan tumor yang kemudiannya merebak keseluruh tubuh.

Tanda dan Gejala

Gejala boleh dibahagi kepada tiga kategori berasingan, iaitu: tempatan, metastasis dan sistemik. Tanda-tanda tempatan adalah yang pertama berlaku, yang dinyatakan melalui ketulan luar biasa atau pembentukan tumor, pendarahan, ulser dan kesakitan.

Tanda-tanda metastasis menyatakan bahawa sel-sel tidak normal telah mula merebak dan menjejaskan kawasan-kawasan berhampiran dan ditunjukkan dengan batuk, hemoptisis atau batuk berdarah, hepatomegali atau pembesaran hati, gejala neurologi, pembesaran nodus limfa dan kesakitan tulang.

Tanda-tanda sistemik menunjukkan kanser telah merebak ke hampir semua bahagian tubuh dan menjejaskan organ-organ utama dan sistem secara keseluruhan. Pernyataan biasa termasuk lemah tubuh badan atau cachexia, kurang selera makan, kehilangan berat badan, diaphoresis atau berpeluh malam, anemia, pembekuan darah dan hormon yang tidak normal. Lain-lain gejala yang ketara termasuk kekaburan penglihatan, mudah letih, sakit kepala, demam, loya, dan muntah-muntah.

Jenis-jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, dan diikuti oleh kanser paru-paru dan kanser payudara. Terdapat juga kanser hati, kolon atau kanser kolorektal, kanser pankreas, kanser pundi kencing, kanser ovari, kanser endometrium, kanser tulang, kanser kulit atau kulit melanoma, limfoma non-Hodgkin dan leukemia.


Semua ini memberi kesan kepada berbagai bahagian tubuh. Ada kemungkinan kanser hanya berlaku di bahagian tertentu tubuh tetapi jenis ini masih dianggap mengikut bahagian asal. Sebagai contoh, jika sel kanser payudara merebak ke paru-paru, ianya masih dirujuk sebagai kanser payudara walaupun sel-sel di dalam paru-paru juga sudah menjadi kanser.

Sifat Sel Kanser

Sel kanser atau sel malignan tidak memiliki sifat sel biasa yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran mereka. Mereka tidak mampu untuk apoptosis atau masih terus membiak walaupun mempunyai keganjilan genetik. Sel ini tidak peka terhadap isyarat tubuh yang menghadkan pertumbuhan dan penyebaran. Ia sentiasa membahagikan diri dan bertahan lebih lama dari sel normal dan juga mempunyai keupayaan untuk menyerang dan membinasakan tisu berhampiran hanya untuk membiak.

Secara keseluruhan, kesilapan genetik terus merebak tanpa dibaiki dan meningkatkan mutasi sel di dalam tubuh. Fungsi tubuh terganggu atau tidak lagi berkesan sementara kerosakan terus berkembang. Walau bagaimanapun kanser bukanlah penyakit berjangkit atau boleh merebak.

CADANGAN ZU... AMALKAN NU CELL KERANA MENGANDUNGI 16 JENIS BUAH BUAHAN BERRIYANG KAYA DENGAN ANTI OKSIDA...


Anda mungkin juga meminati

anda juga mungkin meminati
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...